Sunday, December 23, 2012

TANAM JAGUNG MANIS MADU VARIATI 1002

Projek baru ni ada kaitan dengan rusa. Rusa dah banyak, tempat dah tak cukup. Rusa perlu makanan pada setiap hari Pihak kami bercadang nak tanam jagung manis madu variati 1002. Tanaman jagung ini untuk makanan rusa,lembu dan kambing. Buah jagung akan menjadi pendapatan sampingan yang lumayan juga kepada kami.

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI JAGUNG MANIS INI BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA DI TALIAN 012 5608005. TARIKH AWAL PENGELUARAN DIJANGKA PADA 30 FEBRUARI 2013 NANTI. PIHAK KAMI JUGA MENCARI PEMBORONG. PENGELUARAN JAGUNG DALAM JANGKAAN SEKIRA TIADA ARAL SEBANYAK 15,000 TONGKONG SEMINGGU.
BAGI PEMBORONG SAYUR JUGA BOLEH MEMBELI SUDIK JAGUNG(ANAK JAGUNG) UNTUKDIJUAL SEBAGAI SAYUR.

gambar tapak

Peringkat penyediaan tanah sedang dilakukan, seluas kira kira sepuluh ekar sahaja sebagai percubaan. Buat masa ni 10 ekar tanah telah dibajak dua kali roto sekali dan kerja kerja menaikan batas sedang dijalankan tetapi tertangguh sebentar kerana tunggu hujan reda sedikit.


gambar kerja tanah




gambar batas
Mesin batas
Sistem pengairan secara titisan menjadi pilihan kami, kalau tak boleh akan kami tukar kepada springkler. Paip dan peralatan akan tiba bila bila masa sahaja. Sebaik saja batas siap,kerja kerja pengairan pula akan dimulakan. Kami mengguna poli paip saiz 3 inci  seperti dalam gambar berikut.



gambar sistem pengairan

Disebabkan oleh tempat kami nak tanam jagung ini peminat peminat jagung seperti kera dan babi maka kami terpaksa pagar sekeliling dengan pagar cyclon dan ditambah dengan pagar letrik yang mengguna bateri kereta.

gambar pagar letrik






 

gambar pagar cyclon

PEMBAJAAN
Ni perkara mustahak yang sedang pihak kami sedang belajar. maklumat pembajaan sedang diperolehi dari laman web pertanian, dari jabatan pertanian Lenggong dan konsaltan dari pucung hasilnya dapatlah kami rumuskan seperti berikut
Baja organik bagi membaiki struktur tanah digunakan. Peringkat saya menggunakan baja tahi ayam. Boleh guna apa saja tinja binatang.

nutrien @ pemakanan yang tersedia ada biasanya tidak mencukupi untuk pertumbuhan dan penghasilan jagung yang baik. Antara @ pemakanan yang diperlukan ialah:-

NITROGEN

Nutrien yang sangat penting, wajib mencukupi semasa peringkat membesar sampai berbunga. Ia penting untuk proses fotosintesis seterusnya menghasilkan buah yang berkualiti.

FOSFORUS (P)
Fosforus penting untuk pertumbuhan akar jagung,mempercepatkan kematangan dan pembentukan benih. Dengan adanya fosforus akan menjadikan pokok jagung banyak akar,dan membolehkan pokok jagung menyerap air lebih cekap.

KALIUM/POTAS(K)
Sangat penting untuk proses translokasi karbohaidrat (proses perjalanan makanan tumbuhan) didalam batang jagung. Kekuranganya boleh memperlahan pertumbuhan akar.

NUTREIN LAIN YANG DIPERLUKAN POKOK JAGUNG IALAH

Kalsium(ca),Magnisium(mg),Sulfur(s),Besi(fe),Boron (b),Kupram (cu),mangan (mn) dan Zink (zn)  semua nutrien ini diperlukan dalam jumlah yang sedikit sahaja

PENGURUSAN AIR

Air perlu disiram sekurang kurangnya dua kali sehari jika kawasan tersebut kering. Jagung tidak sesuai ditanam diatas tanah yang airnya bertakung.

Kesan kekurangan Air
Peringkat pembesaran, menyebabkan pokok akan jadi bantut,pengeluaran bunga jantan lambat juga boleh melambatkan kematangan bijirin.

Peringkat pembungaan
Kekurangan air akan mejadikan pertumbuhan bunga terbantut dan gugur.

Peringkat pembesaran bijirin
Jagung tak akan berisi dengan baik dan tongkol tak besar.

Kesan air bertakung atau banjir
Pokok jagung akan kekuningan dan pembesaran terbantut. jika berlaku semasa peringkat pembesaran pokok mungkin tak akan mengeluarkan hasil.

Nasihat saya sediakan sistem pengaran yang cekap dan pastikan pengairan mengikut jadual.

TANDA TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN

NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning
Urat-urat daun juga menjadi kuning.
khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan

Fosforus (P)
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.


Sampai saat ini pemasangan paip untuk pengairan sedang dilakukan insyaallah kami akan memaparkan gambar pemasangan tersebut. Kami nak tanam jagung lepas krismas ini.

Saturday, November 10, 2012

KARI TULANG RUSA UMBUT PISANG

RESIPI KARI TULANG RUSA DENGAN UMBUT PISANG

Bahan bahan

  • Tulang rusa yang ada daging 1 kg
  • rempah kari 50 g
  • bawang besar 250 gm
  • Bawang putih 50 g
  • Halia 1 inci
  • Kerisik 50 g
  • Umbut pisang awak/kebatu/pisang hutan yang lembut 1 kg
  • Kunyit 20 g
  • Daun kari
  • Santan/susu cair dua cawan
  • Kulit kayu manis 10 g
  • Bunga cengkih 10 g
  • bunga lawang 10 g
  • majerin/minyak masak 1/2 cawan
  • garam
Persediaan bahan

  • Tulang dengan daging dfibasuh dan ditoskan
  • Umbut pisang dibuang getah dan dipotong 1 inci,buang getah talinya dan gaul dengan kunyit.simpan dan basuh apabila nak dimasukan kedalam kari 
  • bawang putih dihiris nipis boleh juga dikisar
  • bawang putih dihiris atau pun dikisar
  • Halia dipotong panjang
  • daun kari,bunga cengkih dan kulit kayu manis dibasuh dan ditoskan
cara cara memasak

  • panaskan periuk dan masukan minyak masak 1/2 cawan atau pun majerin
  • Tumis bawang putih bersama bawang merah,bunga cengkih.bumga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik baunya
  • masukan rempah yang telah dibancuh dan masak sehingga naik minyak
  • masukan tulang dan daging,masak sehingga daging empuk,
  • masukan umbut pisang dan sedikit air tunggu sehingga mendidih
  • masukan cairan santan atau susu cair supaya daging dan tenggelam.
  • masukan garam secukup rasa
  • masukan kerisik kacau dan matikan api
Hidangan

  • kari ini sesuai dimakan bersama nasi putih, jelatah kerabu pucuk paku
  • air minuman dari jus limau
  • hidangan ini sesuai dimakan sekeluarga enam orang
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, August 1, 2012

JUALAN RUSA

Rusa untuk jual

pihak kami akan menjual rusa untuk sembelihan pada minggu akhir bulan puasa 2012 ini. Kami menerima tempahan sekarang hingga hujung minggu ini. Harga yang ditawarkan ialah RM24.00 sekilogram ditimbang hidup hidup. Semua rusa akan disembelih di Ladang. Pembelian yang hidup dikira jualan baka. Purata berat rusa ialah 50 kg hingga 60 kg. Umur setiap ekor yang dijual sekitar 1 tahun. Jumlah yang hendak dijual sebanyak 60 ekor sahaja. Siapa cepat dia dapat. Harga yang ditawarkan termasuk kos proses.

Pihak kami tidak menjual daging dalam bentuk sejuk beku. Pihak kami juga tidak menjual daging yang telah dibungkus sekilo. Pihak kami hanya menjual daging rusa yang disembelih dan dijual karkas nya tanpa dipotong.

Bagi makluman pembaca pihak kami tidak melantik ejen untuk memasarkan daging rusa.Jualan dibuat secara  terus kepada pengguna
. Kami memohon semua pembaca yang berhajat untuk mendapatkan daging rusa hubungi kami secara terus melalui nombor talipon yang tertera dibawah.

Pihak kami juga ada menjual rusa untuk dipelihara. Buat masa ini kami ada bekalan sebanyak 50 ekor siap sedia dipasarkan. Umur rusa ini sekitar 1 tahun sahaja. Purata berat badan ialah 35 kg hingga 45 kg. Harga setiap ekor ialah RM2500 sahaja. NO TALIFON 012 5608005 atau
MOHD SAUFI MUHAMAD 019 6166944
EMAIL FORTUNEMECHANISMIM@YAHOO.COM

Maaf stok rusa Baka telah habis. Sebarang tempahan akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Jualan rusa untuk sembelihan juga sudah habis.






Sunday, June 3, 2012

DIFINASI BAJA


Baja ialah:

Bahan yang dicampurkan kedalam media tanaman bagi membekalkan zat

pemakanan kepada tumbuhan

Zat pemakanan

•      Terdapat 17 jenis zat pemakanan yang diperlukan oleh tanaman:



  1.           C       Carbon
  2.           H       Hidrogen
  3.           O       Oksigen
  4.           N       Nitrogen
  5.           P       Posforus
  6.           K       Kaliam
  7.           Ca     Kalsiam
  8.           Mg     Magnesium
  9.           S        Sulfur
  10.           Fe      Ferum
  11.           Mn     Manganum
  12.           Cu     Kuperam
  13.           Co     Kobaltam

          Zn      Zingkum

Fungsi Zat Pemakanan

1.       Nitrogen (N):

•   Bagi tumbesaran

•   Komponen utama protin

•   Penghasilan klorofil

•   Warna hijau daun

 

2.       Posforus (P):

•   Mencepat pengeluaran akar bunga dan buah

•   Mencepat kematangan pokok

•   Menguat tangkai buah

•   diperlukan diperingkat awal pertumbuhan

 

3.       Kaliam/Fosfat (K):

•   Mencepat tumbesaran tisu meristem

•   Meningkat kecergasan dan kekuatan pokok

•   Ketahanan penyakit

•   Diperlukan bagi metabolisma kanji dan protin

•   Mengaktifkan enzim


4.       Kalsiam (Ca):

•   Mencepat pengeluaran dan tumbesaran akar

•   Menambah kecergasan  daun dan batang

•   Diperlukan dalam pembinaan dinding sel


6.       Magnesiam (Mg):

•   Dalam pengeluaran klorofil

•   Membantu dalam pengeluaran lemak, minyak dan gula

 

7.       Sulfur

•   Mengekal warna hijau

•   Pengeluaran bintil dalam kekacang

•   Mencepat pengeluaran biji         

          B       Boron

          Cl      Kloran

          Mo     Molibdenum


Sumber zat pemakanan:

·        Udara

·        Air

·        Tanah


TANDA TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN

NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning
Urat-urat daun juga menjadi kuning.
khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan

Fosforus (P)
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.

Wednesday, May 16, 2012

PENYEDIAAN TANAH

Persediaan awal tanah

Tanah tapak tanaman rumput sama ada untuk ragutan atau foder mesti lah disediakan lebih awal.  Kerja kerja ini perlu dilakukan pada musim kemarau.
Berikut adalah persediaan yang perlu untuk memulakan tanaman rumput.

  • Bersihkan hutan belukar terlebih dahulu. Cabut akar dan tunggul. Perkara ini penting supaya tiada akar dan tunggul serta batu besar yang boleh merosakan alatan jentera yang akan digunakan untuk membajak. Harus di ingatkan bahawa tunggul boleh memecahkan tayar jentera pembajak dan memecahkan piring pembajak, alatan ini sangat mahal. Tinggalkan rumpunan pokok besar dan renek sekelumpuk untuk tujuan teduhan ternakan. 
  • Bajak tanah serta kapurkan tanah tersebut dengan mengguna kapur pertanian sebanyak 2000 kilogram untuk 2.45 ekar (1Hektar). Tujuan pengapuran ini ialah untuk
  1. Memastikan unsur skunder dan nutrien mikro sedia ada dapat digunakan oleh rumput. Rehatkan tanah ini selama 2 hingga 3 minggu.
  2. Mengurangkan unsur Fe,Mn dan A1 yang banyak dalam tanah yang berasid.
  3. Memperbaiki tanah supaya supaya sesuai untuk mikro organisma hidup dan aktif mereputkan sisa tanaman untuk pelepasan N dan P dalam tanah.
  4. membekalkan unsur Ca dan Mg sekiranya terdapat kekurangan dalam tanah.
  5. Menggalakan pertumbuhan bakteria,kulat dan hidupan Mikro Organisma,Contohnya bakteria yang boleh mengikat nitrigen dari udara dan membolehkan diambil oleh rumput.
  • Bajak tanah  secara melintang dan rehatkan 2 minggu.
  • Memutar tanah dengan tujuan mendapatkan struktur tanah yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, Tujuanya ialah supaya tanah tersebut mempunyai ruang udara yang mecukupi serta dapat menyimpan air lebih banyak dan lama. Alat pertanian yang digunakan ialah 'Rotovator/Rotary Tiller'. segala tunggul,kayu akar rumpai dan batu dibuang. Sangat penting untuk mendapatkan permukaan tanah yang tidak merosakan peralatan pertanian dalam kerja kerja seterusnya. 
  • Dalam tempoh 48 jam biji benih perlu ditabur bersama baja. Menanam rumput ini mesti dalam musim hujan.

Friday, April 27, 2012

Pembiakan

Musim mengawan
Biasanya rusa ini akan melahirkan anak dalam setahun iaitu dalam bulai hingga september. Bermakna rusa ini akan mengawan dalam bulan januari hingga march.Kelahiran yang saya nyatakan ini tidak tetap adakalanya ia berubah. berdasarkan pengalaman pernah juga rusa beranak dalam bulan januari hingga march. Tempoh bunting rusa ialah tujuh bulan (210). Dalam setiap dua tahun rusa akan melahirkan anak sebanyak tiga kali.
Nisbah rusa jantan ialah satu(1) dengan dua puluh(20)betina. Kadar kelahiran rusa berbeza beza mengikut sistem pengurusan yang dijalankan. Pengalaman saya satu kumpulan 20 betina dan satu jantan kadar kelahiran boleh capai 100%. Kumpulan 100 ekor betina dengan 5 ekor jantan kadar kelahiran sebanyak 70% hingga 80% sahaja. Jika kumpulan ini lebih besar lagi kadar kelahiran menurun hingga tahap terendah ia itu 35% hingga 40% sahaja. Lebih kecil kumpulan lebih baik.

Tanda Bunting


  1. 'Rectal palpation'
  2. Kenaikan berat badan yang ketara
  3. Perut membesar
  4. Labu tetek (udder) membesar

Jika anda melihat tanda tanda ini maka tindakan yang bijak ialah dengan mengasingkan dari kumpulan yang tidak bunting. Pisahkan juga dari rusa jantan. Biasanya rusa jantan apabila musim mengawan tiba ia akan bergaduh untuk merebut hairaki iaitu sifat mengawal kumpulan masing masing. Pergaduhan akan mengakibatkan kecederaan hingga ada yang mati. Jauhkan diri anda dari rusa jantan ini. sangat merbahaya kerana ia boleh membunuh anda.

Monday, April 23, 2012

PEMELIHARAAN

  1. Pemeliharaan secara bebas,dimana semua rusa rusa dibiarkan dalam satu padok selama 6-7 hari sahaja. sangat baik jika jumlah hari dapat dikurang kan bagi setiap padok. Pada minggu seterusnya rusa ditukar kepadok lain. Pertukaran padok elok dilakukan pada sebelah petang.
  2. Bekas makan dan bekas minum perlu dibersihkan pada setiap pagi,Tindakan ini dilakukan kerana memastikan tiada sisa air dan makanan yang tercemar  telah ditumbuhi kulat. Cara ini dapat memastikan kesihatan ternakan terkawal.
  3. Jagaan khas dengan memerhati pergerakan rusa setiap hari. Masa pemerhatian ialah pada waktu memberimakan tambahan (palet) perkara yang perlu diperhatikan ialah pergerakan rusa, pergerakan masa makan. Perubahan fizikal,selera makan dan banyak lagi.

Sunday, April 22, 2012



1.       KANDANG


KAWASAN PEMELIHARAAN RUSA
Kandang ternakan ini terdiri dari sebuah rumah gelap dan pagar sekeliling rumah seluas 0.125 hakter.Dinding rumah dibuat separuh dari papan lapis yang tebal dan tahann air.Dinding dalam rumah gelap dicat dengan warna hitam supaya dalam rumah tersebut gelap. Dalam rumah tersebut juga dibuat pintu yang boleh berpusing 360° tujuan memudahkan penangkapan sekor rusa untuk pelbagai tujuan seperti jual,rawat dan pengasingan.


       
2.       Pagar keliling
Kawasan lain seluas 2 hektar perlu dipagar dengan pagar cyclon setinggi 2.48 meter dan pagar padok pula setinggi 1.9 meter. Dalam tanah seluas 2 hektar perlu dibuat padok sebanyak empat padok. Setiap padok  keluasannya 0.5 hektar.


KEPERLUAN ASAS
3.        
E
·         Takong air minuman- pada setiap padok perlu ada takungan air minum yang bersih.


·         BEKAS MAKAN - Bekas makan selok eloknya diletakan dibawah bangsal berbumbung,bekas ini akan di isikan dengan makanan tambahan dan juga batu garam miniral.



·         KAWASAN RAGUTAN – Keseluruhan kawasan ragutan perlu ditanam dengan rumput ragut yang bermutu seperti
Rumput Star                       (Cynodon plectostachus)
Rumput Signal                   (Brachiaria decumbens)
Rumput Para                      (Brachiaria Mutica)
Rumput Humidicola        (Brachiaria Humidicola)
Rumput Ruzi                      (Brachiaria Rizizinsis)
Rumput Kuda                    (Panicicum Maximum)


Selain rumput pokok pokok juga perlu ditanam untuk mendapatkan daun yang boleh dimakan oleh rusa. Rusa adalah binatang yang makanya ialah dengan cara mengutip daun dan rumput. Pokok juga dijadikan tempat teduhan kepada rusa. Setiap pokok yang ditanam perlu dibalut batang nya supaya rusa tidak dapat makan dan tanduk kulit tersebut. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pokok mudah mati.

Pokok Mengkudu
Pokok Petai Belalang
Pokok Bunga Raya
Pokok Malberi
Dan apa apa pokok dan buah yang boleh dimakan oleh rusa dihutan




RUSA TIMORENSIS

Rusa Timorensis merupakan rusa merah yang di bawa masuk dari New Calodonea.Rusa baka Timorensis ini sangat sesuai dengan cuaca dan tempat di Malaysia.Berkemungkinan suasana dan tempat asalnya menyerupai tempat kita.
Pemakanan rusa Timorensis ini sangat mudah dan makan apa saja yang ada disekitarnya.Semua jenis rumput dan dedaun yang ada disekitar kawasan rangutan boleh diberi kepadanya.
Pembiakan rusa ini adalah bermusim,lazim nya pada bulan november hingga bulan januari merupakan masa melahirkan anak.Rusa ini akan mengawan pada bulan april dan may setiap tahun.
Rusa akan mencapai tahap matang pada umur satu tahun dua bulan (1tahun 2 bulan) yang betina dan jantan akan matang ketika umur satu tahun enam bulan (1Tahun 6 Bulan)
Rusa jantan boleh disembelih ketika umur satu tahun keatas.Berat anak rusa satu tahun ialah kurang lebih 35kg hingga 45 kg.
 Sebahgian rusa di kawasan ragutan diladang kami.Bertanduk merupakan baka,manakala yang tak bertanduk adalah induk.



Friday, April 20, 2012

Salam...HARAP MAAF LAMA TIDAK MENG'UPDATE' BLOG..KERANA MASALAH TENIKAL..
TQ

Tuesday, April 17, 2012

Rumah gelap


Menangkap rusa tujuan merawat atau membuat program kesihatan atau pun untuk dijual perlu dibuat dalam rumah gelap.Saiz rumsh gelap bergantung kepada jumlah rusa yang hendak ditangkap.Diladang kami saiz yang ada ialah 40 x 60 kaki.Saiz ini mampu menangkap rusa sejumlah 40 ekor.


Di luar rumah gelap bersama pegawai veterinar lenggong dan pegawai  Veterinar  Pusat Ternakan haiwan Sumpitan.



Rusa telah siap sedia untuk dihantar kepada pelanggan

Monday, April 16, 2012

Tindakan penting sebelum memulakan usaha menternak rusa

  1. Pemilihan tempat : Tempat tempat yang sesuai untuk ternakan rusa ialah kawasan yang berbukit bukit dan ada lopak atau anak sungai. Tidak menjadi masaalah jika kawasan kita rata,yang penting ada saliran yang baik serta air bersih.
  2. Kawasan padang ragut perlu ada kawanan pokok untuk dijadi tempat teduhan dan perlindungan rusa.Rusa suka bersembunyi didalam semak dan rumpun rumput yang tebal.
  3. Rumput perlu ditanam atau pun rumput semula jadi dan pokok pokok yang menghasilkan daun untuk makanan rusa.
  4. Pagar cyclon setinggi lapan 8 kaki disekeliling kawasan padang ragut dan bagi padok pagar cyclon setinggi enam kaki.Pastikan pagar dipasang cukup tegang dan anjal.