SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI JAGUNG MANIS INI BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA DI TALIAN 012 5608005. TARIKH AWAL PENGELUARAN DIJANGKA PADA 30 FEBRUARI 2013 NANTI. PIHAK KAMI JUGA MENCARI PEMBORONG. PENGELUARAN JAGUNG DALAM JANGKAAN SEKIRA TIADA ARAL SEBANYAK 15,000 TONGKONG SEMINGGU.
BAGI PEMBORONG SAYUR JUGA BOLEH MEMBELI SUDIK JAGUNG(ANAK JAGUNG) UNTUKDIJUAL SEBAGAI SAYUR.
gambar tapak
Peringkat penyediaan tanah sedang dilakukan, seluas kira kira sepuluh ekar sahaja sebagai percubaan. Buat masa ni 10 ekar tanah telah dibajak dua kali roto sekali dan kerja kerja menaikan batas sedang dijalankan tetapi tertangguh sebentar kerana tunggu hujan reda sedikit.
gambar kerja tanah
gambar batas
Mesin batas
Sistem pengairan secara titisan menjadi pilihan kami, kalau tak boleh akan kami tukar kepada springkler. Paip dan peralatan akan tiba bila bila masa sahaja. Sebaik saja batas siap,kerja kerja pengairan pula akan dimulakan. Kami mengguna poli paip saiz 3 inci seperti dalam gambar berikut.gambar sistem pengairan
Disebabkan oleh tempat kami nak tanam jagung ini peminat peminat jagung seperti kera dan babi maka kami terpaksa pagar sekeliling dengan pagar cyclon dan ditambah dengan pagar letrik yang mengguna bateri kereta.
gambar pagar letrik
gambar pagar cyclon
PEMBAJAAN
Ni perkara mustahak yang sedang pihak kami sedang belajar. maklumat pembajaan sedang diperolehi dari laman web pertanian, dari jabatan pertanian Lenggong dan konsaltan dari pucung hasilnya dapatlah kami rumuskan seperti berikut
Baja organik bagi membaiki struktur tanah digunakan. Peringkat saya menggunakan baja tahi ayam. Boleh guna apa saja tinja binatang.
nutrien @ pemakanan yang tersedia ada biasanya tidak mencukupi untuk pertumbuhan dan penghasilan jagung yang baik. Antara @ pemakanan yang diperlukan ialah:-
NITROGEN
Nutrien yang sangat penting, wajib mencukupi semasa peringkat membesar sampai berbunga. Ia penting untuk proses fotosintesis seterusnya menghasilkan buah yang berkualiti.
FOSFORUS (P)
Fosforus penting untuk pertumbuhan akar jagung,mempercepatkan kematangan dan pembentukan benih. Dengan adanya fosforus akan menjadikan pokok jagung banyak akar,dan membolehkan pokok jagung menyerap air lebih cekap.
KALIUM/POTAS(K)
Sangat penting untuk proses translokasi karbohaidrat (proses perjalanan makanan tumbuhan) didalam batang jagung. Kekuranganya boleh memperlahan pertumbuhan akar.
NUTREIN LAIN YANG DIPERLUKAN POKOK JAGUNG IALAH
Kalsium(ca),Magnisium(mg),Sulfur(s),Besi(fe),Boron (b),Kupram (cu),mangan (mn) dan Zink (zn) semua nutrien ini diperlukan dalam jumlah yang sedikit sahaja
PENGURUSAN AIR
Air perlu disiram sekurang kurangnya dua kali sehari jika kawasan tersebut kering. Jagung tidak sesuai ditanam diatas tanah yang airnya bertakung.
Kesan kekurangan Air
Peringkat pembesaran, menyebabkan pokok akan jadi bantut,pengeluaran bunga jantan lambat juga boleh melambatkan kematangan bijirin.
Peringkat pembungaan
Kekurangan air akan mejadikan pertumbuhan bunga terbantut dan gugur.
Peringkat pembesaran bijirin
Jagung tak akan berisi dengan baik dan tongkol tak besar.
Kesan air bertakung atau banjir
Pokok jagung akan kekuningan dan pembesaran terbantut. jika berlaku semasa peringkat pembesaran pokok mungkin tak akan mengeluarkan hasil.
Nasihat saya sediakan sistem pengaran yang cekap dan pastikan pengairan mengikut jadual.
TANDA TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN
NUTRIEN
|
TANDA
KEKURANGAN
|
Nitrogen (N)
|
Daun menjadi kuning
Urat-urat daun juga
menjadi kuning.
khususnya daun tua
tidak berlaku keseluruhan
|
Fosforus (P)
|
Ciri-ciri kekuningan
pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan
menjadi nekrosis dan berwarna perang.
|
Kalsium (Ca)
|
Kebantutan pokok yang
teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
|
Magnesium (Mg)
|
Kekuningan pada daun
tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke
bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang terlibat akan luruh.
|
Sulfur (S)
|
Tanda mula-mula
kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning,
sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi
cembung di bahagian permukaan atas
|
Ferum (Fe)
|
Daun yang muda
mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih
jelas
|
Mangan (Mn)
|
Pokok menjadi bantut,
daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun
masih kelihatan hijau.
|
Kuprum (Cu)
|
Pucuk daun menjadi
kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati
rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang
juga mudah diserang mati rosot.
|
Sampai saat ini pemasangan paip untuk pengairan sedang dilakukan insyaallah kami akan memaparkan gambar pemasangan tersebut. Kami nak tanam jagung lepas krismas ini.
No comments:
Post a Comment