Sunday, April 22, 2012



1.       KANDANG


KAWASAN PEMELIHARAAN RUSA
Kandang ternakan ini terdiri dari sebuah rumah gelap dan pagar sekeliling rumah seluas 0.125 hakter.Dinding rumah dibuat separuh dari papan lapis yang tebal dan tahann air.Dinding dalam rumah gelap dicat dengan warna hitam supaya dalam rumah tersebut gelap. Dalam rumah tersebut juga dibuat pintu yang boleh berpusing 360° tujuan memudahkan penangkapan sekor rusa untuk pelbagai tujuan seperti jual,rawat dan pengasingan.


       
2.       Pagar keliling
Kawasan lain seluas 2 hektar perlu dipagar dengan pagar cyclon setinggi 2.48 meter dan pagar padok pula setinggi 1.9 meter. Dalam tanah seluas 2 hektar perlu dibuat padok sebanyak empat padok. Setiap padok  keluasannya 0.5 hektar.


KEPERLUAN ASAS
3.        
E
·         Takong air minuman- pada setiap padok perlu ada takungan air minum yang bersih.


·         BEKAS MAKAN - Bekas makan selok eloknya diletakan dibawah bangsal berbumbung,bekas ini akan di isikan dengan makanan tambahan dan juga batu garam miniral.



·         KAWASAN RAGUTAN – Keseluruhan kawasan ragutan perlu ditanam dengan rumput ragut yang bermutu seperti
Rumput Star                       (Cynodon plectostachus)
Rumput Signal                   (Brachiaria decumbens)
Rumput Para                      (Brachiaria Mutica)
Rumput Humidicola        (Brachiaria Humidicola)
Rumput Ruzi                      (Brachiaria Rizizinsis)
Rumput Kuda                    (Panicicum Maximum)


Selain rumput pokok pokok juga perlu ditanam untuk mendapatkan daun yang boleh dimakan oleh rusa. Rusa adalah binatang yang makanya ialah dengan cara mengutip daun dan rumput. Pokok juga dijadikan tempat teduhan kepada rusa. Setiap pokok yang ditanam perlu dibalut batang nya supaya rusa tidak dapat makan dan tanduk kulit tersebut. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pokok mudah mati.

Pokok Mengkudu
Pokok Petai Belalang
Pokok Bunga Raya
Pokok Malberi
Dan apa apa pokok dan buah yang boleh dimakan oleh rusa dihutan




No comments:

Post a Comment