Thursday, January 31, 2013

PENGURUSAN MENTERNAK RUSA

TAPAK

Rusa sesuai diternak dimana saja di negara kita. Paling penting tempat yang dipilih hendaklah mempunyai kemudahan yang diperlukan oleh rusa. Antaranya ialah makanan. Air untuk minum dan berkubang,Perlindungan dari panas dan hujan,juga perlindungan untuk tujuan menghindarkan diri dari maknusia. Sebaiknya tempat yang dipilih ada saliran air seperti anak sungai,atau sedikit paya.Ada tanah tinggi yang tidak ditenggelami air.
Tanah rata seperti di kawasan bekas lombong pun boleh. Bawah ladang kelapa sawit pun boleh. Belakang rumah pun boleh. Depan rumah pun boleh. Tanah bukit pun boleh. Dalam dusun pun boleh tapi kena balut batang pokok dengan zink. Ladang getah tidak boleh. 

LANGKAH PERTAMA

Pilih tempat seperti diatas. Buat pemagaran dengan dawai cyclon, Pilih pagar cyclon jenis tighlock, Tinggi pagar minima dua (2) miter. Saiz pagar terpulang pada kawasan yang kita ada. Jika tujuan suka suka ukuran 30m X 20 m sudah memadai. Boleh ternak 5 ekor rusa betina dan 1 baka. Rusa diberi makan dengan sistem fidlot.

Kalau komersial minima 2 ekar. 0.5 ekar buat pagar. Baki tanam rumput napier. Boleh lah ternak ibu rusa sebanyak 25 ekor,ini menjadikan jumlah keseluruhan rusa termasuk ibu dan anak sebanyak kurang lebih 50 ekor dalam satu masa. Juga mengamalkan sistem Fidlot.
Nak lebih komersial lagi
Tapak seluas 5 ekar, Kawasan 1 ekar buat kandang denga  pagar cyclon. 1 ekar kawasan tanam rumput Napier, baki 2 ekar tanam dengan rumput ragut. Buat 4 padok. setiap padok dimasukan rusa meragut rumput selama 5 hari dan ditukar padok.Keluasan ini mampu ternak sebanyak 100 ekor rusa semasa dengan jumlah ibu sebanyak 40 ekor.

LANGKAH KEDUA

Tanam rumput napier,ikut jumlah rusa yang diternak. Purata 1 ekor rusa dewasa dengan anggaran berat badan 65 kg hingga 70 kg, makan rumput sebanyak 10 kg sehari. Seluas 1 ekar tanah ditanam dengan rumput napier sudah memadai. Rumput ini perlu ditanam 3 bulan sebelum rusa dibeli,dan dimasukan kedalam pagar. Sediakan juga palong makanan. Palong ini penting untuk dibubuh rumput potong atau pun palet rusa jika ada. Rusa boleh diberi palet jika mahu. Tak bagi pun tak apa asalkan rumput yang diberi mencukupi kandungan nutriennya.

LANGKAH KETIGA

Sediakan air minuman yang bersih,sama da disediakan tong,palong , kolam atau anak sungai. Jika air minuman ditakungkan pastikan rusa tak boleh masuk dan mandi. Jika ini berlaku rusa akan mudah mendapat penyakit.
Sediakan kolam tempat rusa berkubang,Ini sangat penting kerana rusa merupakan habitat yang perlu berkubang.

LANGKAH KEEMPAT

Sediakan teduhan seperti pokok dan rimbunan rumput seperti lalang sebagai tempat perlindungan rusa. Rusa merupakan binatang yang suka tempat redup. Jika tempat terlampau lapang rusa akan stress dan tidak mahu mengawan. Sebaik baik ditanam dengan pokok buluh atau pun apa apa pokok yang nampak redup dan gelap. Rusa malu mengawan dikhalayak ramai,sama macam kerbau.

LANGKAH KELIMA

Beli rusa dari ladang yang terpilih sahaja. Ladang yang dimaksudkan ialah ladang bebas dari sebanrang penyakit rusa. Pengesahan ujian makmal veterinar sangat penting beserta dengan sijil kesihatan. Rusa betina yang dipilih berumur 1 tahun keatas. Rusa baka pula berumur lebih 2 tahun. Jangan pilih rusa jantan yang sama kumpulan betina. Beli rusa jantan dari ladang yang berlainan. Tujuannya ialah untuk mengelak dari berlakunya perkahwinan satu keturunan. Jika berlaku kesan pada ternakan ialah. Biasa akan mudah mendapat penyakit, ketrunan rusa akan mengecil dan tidak berkualiti.

PENGURUSAN RUSA

KADAR JANTINA

Rusa betina bersama induk dimasukan bersama kadar 1 jantan dengan 10 betina, boleh kurang betina tapi tak boleh lebih betina, juga tak boleh lebih jantan. Rusa akan bergaduh untuk jadi taiko. pergaduhan boleh menyebabkan kematian.
Rusa betina akan mula kawin pada umur 1 tahun,jantan pula akan mula kawin pada umur 2 tahun. Biasanya rusa akan mmengawan pada awal bulan 3 (ini bukan tetap) bergantung kepada keadaan cuaca. Tanda rusa mula nak mengawan ialah apabila tanduk sudah tumbuh dan mengeras. Tanduk rusa jantan akan terus kekal dikepalanya sehingga datang musim rusa betina beranak. Bermakna rusa jantan tak bertanduk dan tumbuh semula dalam keaadan lembut,semasa rusa ada anak kecil. Bila tanduk rusa jantan sudah keras dan tajam bermakna anak rusa sudah cerai susu. Biarkan anak rusa bersama ibunya sehingga umur 3 bulan. selepas 3 bulan asingkan anak dari ibu bapanya.. Anak jantan tempat lain dan anak betina tempat lain.

MAKANAN

Pada awal pagi rusa boleh diberi pelet jika ada. Jika tidak rusa diberi makan rumput sebanyak 2 kg. Rumput boleh di potong dan dihancurkan dan dibubuh dalam takungan makanan. Rusa akan berehat dan akan makan rumput dengan banyaknya pada waktu malam. Dengan itu pda sebelah malam bermula jam 5 petang rumput perlu diberi setiap ekor rusa sebanyak 8 kg.

MINUMAN DAN BERKUBANG

Air untuk minuman hendaklah sentiasa ada.Tempat berkubang perlu disediakan dan air yang bersih adalah mustahak. Rusa akan masuk berkubang mengikut keperluan.Air minuman rusa jangan terdedah pada cvahaya matahari perlu dibuat bumbung. Bagi tempat berkubang tidak ada masaalah.

PENGURUSAN ANAK BETINA

Anak betina dipelihara dalam kumpulan betina sahaja. Diberi makan secukupnya. Lihat pembesaranya. Mana mana anak betina yang dilihat pembesaran melebihi anak yang lain dipilih dan dijaga dengan baik sebagai induk gantian. Induk gantian ini boleh disimpan atau pun dijual. Induk gantian ini akan dikahwin dengan induk yang baru dibeli dari ladang lain.Anak betina yang didapati kecil,lambat membesar,hendaklah digemukan dan dijual sebagai daging.

PENGURUSAN ANAK JANTAN

Anak jantan dipelihara dalam kumpulan anak jantan sahaja.Anak anak jantan ini diberi makan secukupnya dan dilihat perkembanganya. mana mana yang besar disimpan sebagai baka. Anak jantan baka akan dijual sebagai baka. Anak jantan baka tidak boleh disimpan bagi kegunaan ladang sendiri.

PENGURUSAN INDUK

Induk dibiarkan bersama jantan baka. Rusa jantan dan rusa betina mula mengawan apabila kita dapat lihat ada gumpalan rumput pada taduk rusa. Rusa jantan akan mengawal kawanan rusa betina sebanyak mungkin. Jika ada rusa jantan lain yang masuk dalam kawanan betinanya iakan menyerang. Pergaduhan akan tamat apabila salah seekor dari rusa jantan kalah. kesanya ada yang mati. ataupun kedua duanya mati. Jika kedua duanya  cedera dan tak mampu mengawan rusa betina tidak bunting. Rusa betina yang telah bunting dibiarkan di kandang atau kawasan ragutan tanpa diganggu. sebarang gangguan akan menyebabkan rusa betina stress dan akan keguguran. Dengan itu rusa jangan sewenang wenangnya dihalau atau dikacau ganggu.

Semua maklumat yang ditulis hanya berdasarkan pengalaman penulis ketika diladang ini.







Sunday, January 27, 2013

MAKLUMAT RUSA

Spesis                      : Cervus Timorensis
Berat Hidup dewasa : Jantan 80kg hingga 120 kg
                                  Betina 70kg hingga 90 kg
Jangka Hayat           : 15 Tahun
Tempoh Matang       : 1-2 Tahun
Ratio                        : 1Jantan 10 Betina
Tempoh Bunting       :7 Bulan (210 hari)
Bil Anak:                  : 1 ekor/tahun (2 Tahun 3 ekor)
Keperluan Kawasan : 10 ekor / ekar
Tempoh dipasarkan  : 1 Tahun Hingga 1.5 Tahun
Berat dipasarkan      : 60 kg
Berat Karkas           : 50%
Boleh Diternak Secara Bebas Dan Fidlot
Harga Baka             : Induk RM2500/ekor
                                Pejantan RM2500 Hingga RM3500

Sunday, December 23, 2012

TANAM JAGUNG MANIS MADU VARIATI 1002

Projek baru ni ada kaitan dengan rusa. Rusa dah banyak, tempat dah tak cukup. Rusa perlu makanan pada setiap hari Pihak kami bercadang nak tanam jagung manis madu variati 1002. Tanaman jagung ini untuk makanan rusa,lembu dan kambing. Buah jagung akan menjadi pendapatan sampingan yang lumayan juga kepada kami.

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI JAGUNG MANIS INI BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA DI TALIAN 012 5608005. TARIKH AWAL PENGELUARAN DIJANGKA PADA 30 FEBRUARI 2013 NANTI. PIHAK KAMI JUGA MENCARI PEMBORONG. PENGELUARAN JAGUNG DALAM JANGKAAN SEKIRA TIADA ARAL SEBANYAK 15,000 TONGKONG SEMINGGU.
BAGI PEMBORONG SAYUR JUGA BOLEH MEMBELI SUDIK JAGUNG(ANAK JAGUNG) UNTUKDIJUAL SEBAGAI SAYUR.

gambar tapak

Peringkat penyediaan tanah sedang dilakukan, seluas kira kira sepuluh ekar sahaja sebagai percubaan. Buat masa ni 10 ekar tanah telah dibajak dua kali roto sekali dan kerja kerja menaikan batas sedang dijalankan tetapi tertangguh sebentar kerana tunggu hujan reda sedikit.


gambar kerja tanah




gambar batas
Mesin batas
Sistem pengairan secara titisan menjadi pilihan kami, kalau tak boleh akan kami tukar kepada springkler. Paip dan peralatan akan tiba bila bila masa sahaja. Sebaik saja batas siap,kerja kerja pengairan pula akan dimulakan. Kami mengguna poli paip saiz 3 inci  seperti dalam gambar berikut.



gambar sistem pengairan

Disebabkan oleh tempat kami nak tanam jagung ini peminat peminat jagung seperti kera dan babi maka kami terpaksa pagar sekeliling dengan pagar cyclon dan ditambah dengan pagar letrik yang mengguna bateri kereta.

gambar pagar letrik






 

gambar pagar cyclon

PEMBAJAAN
Ni perkara mustahak yang sedang pihak kami sedang belajar. maklumat pembajaan sedang diperolehi dari laman web pertanian, dari jabatan pertanian Lenggong dan konsaltan dari pucung hasilnya dapatlah kami rumuskan seperti berikut
Baja organik bagi membaiki struktur tanah digunakan. Peringkat saya menggunakan baja tahi ayam. Boleh guna apa saja tinja binatang.

nutrien @ pemakanan yang tersedia ada biasanya tidak mencukupi untuk pertumbuhan dan penghasilan jagung yang baik. Antara @ pemakanan yang diperlukan ialah:-

NITROGEN

Nutrien yang sangat penting, wajib mencukupi semasa peringkat membesar sampai berbunga. Ia penting untuk proses fotosintesis seterusnya menghasilkan buah yang berkualiti.

FOSFORUS (P)
Fosforus penting untuk pertumbuhan akar jagung,mempercepatkan kematangan dan pembentukan benih. Dengan adanya fosforus akan menjadikan pokok jagung banyak akar,dan membolehkan pokok jagung menyerap air lebih cekap.

KALIUM/POTAS(K)
Sangat penting untuk proses translokasi karbohaidrat (proses perjalanan makanan tumbuhan) didalam batang jagung. Kekuranganya boleh memperlahan pertumbuhan akar.

NUTREIN LAIN YANG DIPERLUKAN POKOK JAGUNG IALAH

Kalsium(ca),Magnisium(mg),Sulfur(s),Besi(fe),Boron (b),Kupram (cu),mangan (mn) dan Zink (zn)  semua nutrien ini diperlukan dalam jumlah yang sedikit sahaja

PENGURUSAN AIR

Air perlu disiram sekurang kurangnya dua kali sehari jika kawasan tersebut kering. Jagung tidak sesuai ditanam diatas tanah yang airnya bertakung.

Kesan kekurangan Air
Peringkat pembesaran, menyebabkan pokok akan jadi bantut,pengeluaran bunga jantan lambat juga boleh melambatkan kematangan bijirin.

Peringkat pembungaan
Kekurangan air akan mejadikan pertumbuhan bunga terbantut dan gugur.

Peringkat pembesaran bijirin
Jagung tak akan berisi dengan baik dan tongkol tak besar.

Kesan air bertakung atau banjir
Pokok jagung akan kekuningan dan pembesaran terbantut. jika berlaku semasa peringkat pembesaran pokok mungkin tak akan mengeluarkan hasil.

Nasihat saya sediakan sistem pengaran yang cekap dan pastikan pengairan mengikut jadual.

TANDA TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN

NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning
Urat-urat daun juga menjadi kuning.
khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan

Fosforus (P)
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.


Sampai saat ini pemasangan paip untuk pengairan sedang dilakukan insyaallah kami akan memaparkan gambar pemasangan tersebut. Kami nak tanam jagung lepas krismas ini.

Saturday, November 10, 2012

KARI TULANG RUSA UMBUT PISANG

RESIPI KARI TULANG RUSA DENGAN UMBUT PISANG

Bahan bahan

  • Tulang rusa yang ada daging 1 kg
  • rempah kari 50 g
  • bawang besar 250 gm
  • Bawang putih 50 g
  • Halia 1 inci
  • Kerisik 50 g
  • Umbut pisang awak/kebatu/pisang hutan yang lembut 1 kg
  • Kunyit 20 g
  • Daun kari
  • Santan/susu cair dua cawan
  • Kulit kayu manis 10 g
  • Bunga cengkih 10 g
  • bunga lawang 10 g
  • majerin/minyak masak 1/2 cawan
  • garam
Persediaan bahan

  • Tulang dengan daging dfibasuh dan ditoskan
  • Umbut pisang dibuang getah dan dipotong 1 inci,buang getah talinya dan gaul dengan kunyit.simpan dan basuh apabila nak dimasukan kedalam kari 
  • bawang putih dihiris nipis boleh juga dikisar
  • bawang putih dihiris atau pun dikisar
  • Halia dipotong panjang
  • daun kari,bunga cengkih dan kulit kayu manis dibasuh dan ditoskan
cara cara memasak

  • panaskan periuk dan masukan minyak masak 1/2 cawan atau pun majerin
  • Tumis bawang putih bersama bawang merah,bunga cengkih.bumga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik baunya
  • masukan rempah yang telah dibancuh dan masak sehingga naik minyak
  • masukan tulang dan daging,masak sehingga daging empuk,
  • masukan umbut pisang dan sedikit air tunggu sehingga mendidih
  • masukan cairan santan atau susu cair supaya daging dan tenggelam.
  • masukan garam secukup rasa
  • masukan kerisik kacau dan matikan api
Hidangan

  • kari ini sesuai dimakan bersama nasi putih, jelatah kerabu pucuk paku
  • air minuman dari jus limau
  • hidangan ini sesuai dimakan sekeluarga enam orang
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, August 1, 2012

JUALAN RUSA

Rusa untuk jual

pihak kami akan menjual rusa untuk sembelihan pada minggu akhir bulan puasa 2012 ini. Kami menerima tempahan sekarang hingga hujung minggu ini. Harga yang ditawarkan ialah RM24.00 sekilogram ditimbang hidup hidup. Semua rusa akan disembelih di Ladang. Pembelian yang hidup dikira jualan baka. Purata berat rusa ialah 50 kg hingga 60 kg. Umur setiap ekor yang dijual sekitar 1 tahun. Jumlah yang hendak dijual sebanyak 60 ekor sahaja. Siapa cepat dia dapat. Harga yang ditawarkan termasuk kos proses.

Pihak kami tidak menjual daging dalam bentuk sejuk beku. Pihak kami juga tidak menjual daging yang telah dibungkus sekilo. Pihak kami hanya menjual daging rusa yang disembelih dan dijual karkas nya tanpa dipotong.

Bagi makluman pembaca pihak kami tidak melantik ejen untuk memasarkan daging rusa.Jualan dibuat secara  terus kepada pengguna
. Kami memohon semua pembaca yang berhajat untuk mendapatkan daging rusa hubungi kami secara terus melalui nombor talipon yang tertera dibawah.

Pihak kami juga ada menjual rusa untuk dipelihara. Buat masa ini kami ada bekalan sebanyak 50 ekor siap sedia dipasarkan. Umur rusa ini sekitar 1 tahun sahaja. Purata berat badan ialah 35 kg hingga 45 kg. Harga setiap ekor ialah RM2500 sahaja. NO TALIFON 012 5608005 atau
MOHD SAUFI MUHAMAD 019 6166944
EMAIL FORTUNEMECHANISMIM@YAHOO.COM

Maaf stok rusa Baka telah habis. Sebarang tempahan akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Jualan rusa untuk sembelihan juga sudah habis.






Sunday, June 3, 2012

DIFINASI BAJA


Baja ialah:

Bahan yang dicampurkan kedalam media tanaman bagi membekalkan zat

pemakanan kepada tumbuhan

Zat pemakanan

•      Terdapat 17 jenis zat pemakanan yang diperlukan oleh tanaman:



  1.           C       Carbon
  2.           H       Hidrogen
  3.           O       Oksigen
  4.           N       Nitrogen
  5.           P       Posforus
  6.           K       Kaliam
  7.           Ca     Kalsiam
  8.           Mg     Magnesium
  9.           S        Sulfur
  10.           Fe      Ferum
  11.           Mn     Manganum
  12.           Cu     Kuperam
  13.           Co     Kobaltam

          Zn      Zingkum

Fungsi Zat Pemakanan

1.       Nitrogen (N):

•   Bagi tumbesaran

•   Komponen utama protin

•   Penghasilan klorofil

•   Warna hijau daun

 

2.       Posforus (P):

•   Mencepat pengeluaran akar bunga dan buah

•   Mencepat kematangan pokok

•   Menguat tangkai buah

•   diperlukan diperingkat awal pertumbuhan

 

3.       Kaliam/Fosfat (K):

•   Mencepat tumbesaran tisu meristem

•   Meningkat kecergasan dan kekuatan pokok

•   Ketahanan penyakit

•   Diperlukan bagi metabolisma kanji dan protin

•   Mengaktifkan enzim


4.       Kalsiam (Ca):

•   Mencepat pengeluaran dan tumbesaran akar

•   Menambah kecergasan  daun dan batang

•   Diperlukan dalam pembinaan dinding sel


6.       Magnesiam (Mg):

•   Dalam pengeluaran klorofil

•   Membantu dalam pengeluaran lemak, minyak dan gula

 

7.       Sulfur

•   Mengekal warna hijau

•   Pengeluaran bintil dalam kekacang

•   Mencepat pengeluaran biji         

          B       Boron

          Cl      Kloran

          Mo     Molibdenum


Sumber zat pemakanan:

·        Udara

·        Air

·        Tanah


TANDA TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN

NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning
Urat-urat daun juga menjadi kuning.
khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan

Fosforus (P)
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.

Wednesday, May 16, 2012

PENYEDIAAN TANAH

Persediaan awal tanah

Tanah tapak tanaman rumput sama ada untuk ragutan atau foder mesti lah disediakan lebih awal.  Kerja kerja ini perlu dilakukan pada musim kemarau.
Berikut adalah persediaan yang perlu untuk memulakan tanaman rumput.

  • Bersihkan hutan belukar terlebih dahulu. Cabut akar dan tunggul. Perkara ini penting supaya tiada akar dan tunggul serta batu besar yang boleh merosakan alatan jentera yang akan digunakan untuk membajak. Harus di ingatkan bahawa tunggul boleh memecahkan tayar jentera pembajak dan memecahkan piring pembajak, alatan ini sangat mahal. Tinggalkan rumpunan pokok besar dan renek sekelumpuk untuk tujuan teduhan ternakan. 
  • Bajak tanah serta kapurkan tanah tersebut dengan mengguna kapur pertanian sebanyak 2000 kilogram untuk 2.45 ekar (1Hektar). Tujuan pengapuran ini ialah untuk
  1. Memastikan unsur skunder dan nutrien mikro sedia ada dapat digunakan oleh rumput. Rehatkan tanah ini selama 2 hingga 3 minggu.
  2. Mengurangkan unsur Fe,Mn dan A1 yang banyak dalam tanah yang berasid.
  3. Memperbaiki tanah supaya supaya sesuai untuk mikro organisma hidup dan aktif mereputkan sisa tanaman untuk pelepasan N dan P dalam tanah.
  4. membekalkan unsur Ca dan Mg sekiranya terdapat kekurangan dalam tanah.
  5. Menggalakan pertumbuhan bakteria,kulat dan hidupan Mikro Organisma,Contohnya bakteria yang boleh mengikat nitrigen dari udara dan membolehkan diambil oleh rumput.
  • Bajak tanah  secara melintang dan rehatkan 2 minggu.
  • Memutar tanah dengan tujuan mendapatkan struktur tanah yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, Tujuanya ialah supaya tanah tersebut mempunyai ruang udara yang mecukupi serta dapat menyimpan air lebih banyak dan lama. Alat pertanian yang digunakan ialah 'Rotovator/Rotary Tiller'. segala tunggul,kayu akar rumpai dan batu dibuang. Sangat penting untuk mendapatkan permukaan tanah yang tidak merosakan peralatan pertanian dalam kerja kerja seterusnya. 
  • Dalam tempoh 48 jam biji benih perlu ditabur bersama baja. Menanam rumput ini mesti dalam musim hujan.