Biasanya rusa ini akan melahirkan anak dalam setahun iaitu dalam bulai hingga september. Bermakna rusa ini akan mengawan dalam bulan januari hingga march.Kelahiran yang saya nyatakan ini tidak tetap adakalanya ia berubah. berdasarkan pengalaman pernah juga rusa beranak dalam bulan januari hingga march. Tempoh bunting rusa ialah tujuh bulan (210). Dalam setiap dua tahun rusa akan melahirkan anak sebanyak tiga kali.
Nisbah rusa jantan ialah satu(1) dengan dua puluh(20)betina. Kadar kelahiran rusa berbeza beza mengikut sistem pengurusan yang dijalankan. Pengalaman saya satu kumpulan 20 betina dan satu jantan kadar kelahiran boleh capai 100%. Kumpulan 100 ekor betina dengan 5 ekor jantan kadar kelahiran sebanyak 70% hingga 80% sahaja. Jika kumpulan ini lebih besar lagi kadar kelahiran menurun hingga tahap terendah ia itu 35% hingga 40% sahaja. Lebih kecil kumpulan lebih baik.
Tanda Bunting
- 'Rectal palpation'
- Kenaikan berat badan yang ketara
- Perut membesar
- Labu tetek (udder) membesar
Jika anda melihat tanda tanda ini maka tindakan yang bijak ialah dengan mengasingkan dari kumpulan yang tidak bunting. Pisahkan juga dari rusa jantan. Biasanya rusa jantan apabila musim mengawan tiba ia akan bergaduh untuk merebut hairaki iaitu sifat mengawal kumpulan masing masing. Pergaduhan akan mengakibatkan kecederaan hingga ada yang mati. Jauhkan diri anda dari rusa jantan ini. sangat merbahaya kerana ia boleh membunuh anda.