Wednesday, May 16, 2012

PENYEDIAAN TANAH

Persediaan awal tanah

Tanah tapak tanaman rumput sama ada untuk ragutan atau foder mesti lah disediakan lebih awal.  Kerja kerja ini perlu dilakukan pada musim kemarau.
Berikut adalah persediaan yang perlu untuk memulakan tanaman rumput.

  • Bersihkan hutan belukar terlebih dahulu. Cabut akar dan tunggul. Perkara ini penting supaya tiada akar dan tunggul serta batu besar yang boleh merosakan alatan jentera yang akan digunakan untuk membajak. Harus di ingatkan bahawa tunggul boleh memecahkan tayar jentera pembajak dan memecahkan piring pembajak, alatan ini sangat mahal. Tinggalkan rumpunan pokok besar dan renek sekelumpuk untuk tujuan teduhan ternakan. 
  • Bajak tanah serta kapurkan tanah tersebut dengan mengguna kapur pertanian sebanyak 2000 kilogram untuk 2.45 ekar (1Hektar). Tujuan pengapuran ini ialah untuk
  1. Memastikan unsur skunder dan nutrien mikro sedia ada dapat digunakan oleh rumput. Rehatkan tanah ini selama 2 hingga 3 minggu.
  2. Mengurangkan unsur Fe,Mn dan A1 yang banyak dalam tanah yang berasid.
  3. Memperbaiki tanah supaya supaya sesuai untuk mikro organisma hidup dan aktif mereputkan sisa tanaman untuk pelepasan N dan P dalam tanah.
  4. membekalkan unsur Ca dan Mg sekiranya terdapat kekurangan dalam tanah.
  5. Menggalakan pertumbuhan bakteria,kulat dan hidupan Mikro Organisma,Contohnya bakteria yang boleh mengikat nitrigen dari udara dan membolehkan diambil oleh rumput.
  • Bajak tanah  secara melintang dan rehatkan 2 minggu.
  • Memutar tanah dengan tujuan mendapatkan struktur tanah yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, Tujuanya ialah supaya tanah tersebut mempunyai ruang udara yang mecukupi serta dapat menyimpan air lebih banyak dan lama. Alat pertanian yang digunakan ialah 'Rotovator/Rotary Tiller'. segala tunggul,kayu akar rumpai dan batu dibuang. Sangat penting untuk mendapatkan permukaan tanah yang tidak merosakan peralatan pertanian dalam kerja kerja seterusnya. 
  • Dalam tempoh 48 jam biji benih perlu ditabur bersama baja. Menanam rumput ini mesti dalam musim hujan.

No comments:

Post a Comment