Saturday, March 5, 2011

Sejarah Ternakan Rusa Di Daerah Lenggong, Perak

Bermula pada tahun 2000, ternakan rusa telah diperkenalkan dan diternak di Padang Ragut Chuas, Kampung Beng dengan populasi sebanyak 40 ekor, kemudian dikembangkan pula di Padang Ragut Kampung Luat sebanyak 50 ekor betina dan 4 ekor jantan. Ini ialah hasil usaha dan inisiatif pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak bagi menjadikan Lenggong sebagai pusat ternakan rusa yang utama di Malaysia. Ia juga sebagai permulaan untuk mewujudkan "rusa belt" iaitu kawasan yang telah dikenalpasti sebagai pusat tumpuan penternakan rusa meliputi daerah Hulu Perak iaitu dari Gerik hingga ke daerah kecil Lenggong. Padang-padang ragut Jabatan telah dipilih sebagai pusat ternakan rusa untuk dikembangkankan dengan melibatkan kerjasama dari penduduk setempat bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan serta membantu memperkenalkan Lenggong sebagai pengeluar utama ternakan rusa dan produk hiliran lainnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment