TAPAK
Rusa sesuai diternak dimana saja di negara kita. Paling penting tempat yang dipilih hendaklah mempunyai kemudahan yang diperlukan oleh rusa. Antaranya ialah makanan. Air untuk minum dan berkubang,Perlindungan dari panas dan hujan,juga perlindungan untuk tujuan menghindarkan diri dari maknusia. Sebaiknya tempat yang dipilih ada saliran air seperti anak sungai,atau sedikit paya.Ada tanah tinggi yang tidak ditenggelami air.
Tanah rata seperti di kawasan bekas lombong pun boleh. Bawah ladang kelapa sawit pun boleh. Belakang rumah pun boleh. Depan rumah pun boleh. Tanah bukit pun boleh. Dalam dusun pun boleh tapi kena balut batang pokok dengan zink. Ladang getah tidak boleh.
LANGKAH PERTAMA
Pilih tempat seperti diatas. Buat pemagaran dengan dawai cyclon, Pilih pagar cyclon jenis tighlock, Tinggi pagar minima dua (2) miter. Saiz pagar terpulang pada kawasan yang kita ada. Jika tujuan suka suka ukuran 30m X 20 m sudah memadai. Boleh ternak 5 ekor rusa betina dan 1 baka. Rusa diberi makan dengan sistem fidlot.
Kalau komersial minima 2 ekar. 0.5 ekar buat pagar. Baki tanam rumput napier. Boleh lah ternak ibu rusa sebanyak 25 ekor,ini menjadikan jumlah keseluruhan rusa termasuk ibu dan anak sebanyak kurang lebih 50 ekor dalam satu masa. Juga mengamalkan sistem Fidlot.
Nak lebih komersial lagi
Tapak seluas 5 ekar, Kawasan 1 ekar buat kandang denga pagar cyclon. 1 ekar kawasan tanam rumput Napier, baki 2 ekar tanam dengan rumput ragut. Buat 4 padok. setiap padok dimasukan rusa meragut rumput selama 5 hari dan ditukar padok.Keluasan ini mampu ternak sebanyak 100 ekor rusa semasa dengan jumlah ibu sebanyak 40 ekor.
LANGKAH KEDUA
Tanam rumput napier,ikut jumlah rusa yang diternak. Purata 1 ekor rusa dewasa dengan anggaran berat badan 65 kg hingga 70 kg, makan rumput sebanyak 10 kg sehari. Seluas 1 ekar tanah ditanam dengan rumput napier sudah memadai. Rumput ini perlu ditanam 3 bulan sebelum rusa dibeli,dan dimasukan kedalam pagar. Sediakan juga palong makanan. Palong ini penting untuk dibubuh rumput potong atau pun palet rusa jika ada. Rusa boleh diberi palet jika mahu. Tak bagi pun tak apa asalkan rumput yang diberi mencukupi kandungan nutriennya.
LANGKAH KETIGA
Sediakan air minuman yang bersih,sama da disediakan tong,palong , kolam atau anak sungai. Jika air minuman ditakungkan pastikan rusa tak boleh masuk dan mandi. Jika ini berlaku rusa akan mudah mendapat penyakit.
Sediakan kolam tempat rusa berkubang,Ini sangat penting kerana rusa merupakan habitat yang perlu berkubang.
LANGKAH KEEMPAT
Sediakan teduhan seperti pokok dan rimbunan rumput seperti lalang sebagai tempat perlindungan rusa. Rusa merupakan binatang yang suka tempat redup. Jika tempat terlampau lapang rusa akan stress dan tidak mahu mengawan. Sebaik baik ditanam dengan pokok buluh atau pun apa apa pokok yang nampak redup dan gelap. Rusa malu mengawan dikhalayak ramai,sama macam kerbau.
LANGKAH KELIMA
Beli rusa dari ladang yang terpilih sahaja. Ladang yang dimaksudkan ialah ladang bebas dari sebanrang penyakit rusa. Pengesahan ujian makmal veterinar sangat penting beserta dengan sijil kesihatan. Rusa betina yang dipilih berumur 1 tahun keatas. Rusa baka pula berumur lebih 2 tahun. Jangan pilih rusa jantan yang sama kumpulan betina. Beli rusa jantan dari ladang yang berlainan. Tujuannya ialah untuk mengelak dari berlakunya perkahwinan satu keturunan. Jika berlaku kesan pada ternakan ialah. Biasa akan mudah mendapat penyakit, ketrunan rusa akan mengecil dan tidak berkualiti.
PENGURUSAN RUSA
KADAR JANTINA
Rusa betina bersama induk dimasukan bersama kadar 1 jantan dengan 10 betina, boleh kurang betina tapi tak boleh lebih betina, juga tak boleh lebih jantan. Rusa akan bergaduh untuk jadi taiko. pergaduhan boleh menyebabkan kematian.
Rusa betina akan mula kawin pada umur 1 tahun,jantan pula akan mula kawin pada umur 2 tahun. Biasanya rusa akan mmengawan pada awal bulan 3 (ini bukan tetap) bergantung kepada keadaan cuaca. Tanda rusa mula nak mengawan ialah apabila tanduk sudah tumbuh dan mengeras. Tanduk rusa jantan akan terus kekal dikepalanya sehingga datang musim rusa betina beranak. Bermakna rusa jantan tak bertanduk dan tumbuh semula dalam keaadan lembut,semasa rusa ada anak kecil. Bila tanduk rusa jantan sudah keras dan tajam bermakna anak rusa sudah cerai susu. Biarkan anak rusa bersama ibunya sehingga umur 3 bulan. selepas 3 bulan asingkan anak dari ibu bapanya.. Anak jantan tempat lain dan anak betina tempat lain.
MAKANAN
Pada awal pagi rusa boleh diberi pelet jika ada. Jika tidak rusa diberi makan rumput sebanyak 2 kg. Rumput boleh di potong dan dihancurkan dan dibubuh dalam takungan makanan. Rusa akan berehat dan akan makan rumput dengan banyaknya pada waktu malam. Dengan itu pda sebelah malam bermula jam 5 petang rumput perlu diberi setiap ekor rusa sebanyak 8 kg.
MINUMAN DAN BERKUBANG
Air untuk minuman hendaklah sentiasa ada.Tempat berkubang perlu disediakan dan air yang bersih adalah mustahak. Rusa akan masuk berkubang mengikut keperluan.Air minuman rusa jangan terdedah pada cvahaya matahari perlu dibuat bumbung. Bagi tempat berkubang tidak ada masaalah.
PENGURUSAN ANAK BETINA
Anak betina dipelihara dalam kumpulan betina sahaja. Diberi makan secukupnya. Lihat pembesaranya. Mana mana anak betina yang dilihat pembesaran melebihi anak yang lain dipilih dan dijaga dengan baik sebagai induk gantian. Induk gantian ini boleh disimpan atau pun dijual. Induk gantian ini akan dikahwin dengan induk yang baru dibeli dari ladang lain.Anak betina yang didapati kecil,lambat membesar,hendaklah digemukan dan dijual sebagai daging.
PENGURUSAN ANAK JANTAN
Anak jantan dipelihara dalam kumpulan anak jantan sahaja.Anak anak jantan ini diberi makan secukupnya dan dilihat perkembanganya. mana mana yang besar disimpan sebagai baka. Anak jantan baka akan dijual sebagai baka. Anak jantan baka tidak boleh disimpan bagi kegunaan ladang sendiri.
PENGURUSAN INDUK
Induk dibiarkan bersama jantan baka. Rusa jantan dan rusa betina mula mengawan apabila kita dapat lihat ada gumpalan rumput pada taduk rusa. Rusa jantan akan mengawal kawanan rusa betina sebanyak mungkin. Jika ada rusa jantan lain yang masuk dalam kawanan betinanya iakan menyerang. Pergaduhan akan tamat apabila salah seekor dari rusa jantan kalah. kesanya ada yang mati. ataupun kedua duanya mati. Jika kedua duanya cedera dan tak mampu mengawan rusa betina tidak bunting. Rusa betina yang telah bunting dibiarkan di kandang atau kawasan ragutan tanpa diganggu. sebarang gangguan akan menyebabkan rusa betina stress dan akan keguguran. Dengan itu rusa jangan sewenang wenangnya dihalau atau dikacau ganggu.
Semua maklumat yang ditulis hanya berdasarkan pengalaman penulis ketika diladang ini.
Thursday, January 31, 2013
Sunday, January 27, 2013
MAKLUMAT RUSA
Spesis : Cervus Timorensis
Berat Hidup dewasa : Jantan 80kg hingga 120 kg
Betina 70kg hingga 90 kg
Jangka Hayat : 15 Tahun
Tempoh Matang : 1-2 Tahun
Ratio : 1Jantan 10 Betina
Tempoh Bunting :7 Bulan (210 hari)
Bil Anak: : 1 ekor/tahun (2 Tahun 3 ekor)
Keperluan Kawasan : 10 ekor / ekar
Tempoh dipasarkan : 1 Tahun Hingga 1.5 Tahun
Berat dipasarkan : 60 kg
Berat Karkas : 50%
Boleh Diternak Secara Bebas Dan Fidlot
Harga Baka : Induk RM2500/ekor
Pejantan RM2500 Hingga RM3500
Harga Baka : Induk RM2500/ekor
Pejantan RM2500 Hingga RM3500
Subscribe to:
Posts (Atom)