Kami menyediakan perkhidmatan membekal daging-daging dan rusa-rusa jinak.
Daging dijual dengan cara rusa ditimbang hidup dan harga berat hidupnya ialah RM24.00/kg. Jika berat hidupnya 50 kg didarab dengan RM24.00,ini bermakna harga daging seekor rusa ialah sebanyak RM1200.00 sahaja.
Rusa betina tidak dijual kecuali ada stok berlebihan dan dijual dengan harga RM2500.00 seekor. Jika pembelian melebihi 10 ekor harga boleh runding.
Sunday, April 24, 2011
Saturday, March 5, 2011
Sejarah Ternakan Rusa Di Daerah Lenggong, Perak
Bermula pada tahun 2000, ternakan rusa telah diperkenalkan dan diternak di Padang Ragut Chuas, Kampung Beng dengan populasi sebanyak 40 ekor, kemudian dikembangkan pula di Padang Ragut Kampung Luat sebanyak 50 ekor betina dan 4 ekor jantan. Ini ialah hasil usaha dan inisiatif pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak bagi menjadikan Lenggong sebagai pusat ternakan rusa yang utama di Malaysia. Ia juga sebagai permulaan untuk mewujudkan "rusa belt" iaitu kawasan yang telah dikenalpasti sebagai pusat tumpuan penternakan rusa meliputi daerah Hulu Perak iaitu dari Gerik hingga ke daerah kecil Lenggong. Padang-padang ragut Jabatan telah dipilih sebagai pusat ternakan rusa untuk dikembangkankan dengan melibatkan kerjasama dari penduduk setempat bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan serta membantu memperkenalkan Lenggong sebagai pengeluar utama ternakan rusa dan produk hiliran lainnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)